MBIP sedia geran komuniti RM500,000, perkasa amalan hijau

MBIP sedia geran komuniti RM500,000, perkasa amalan hijau

MOHD. Haffiz Ahmad (kanan) menyantuni pegawai dan anggota MBIP dalam satu majlis yang diadakan di Iskandar Puteri, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) menyediakan Geran Komuniti Iskandar Puteri Rendah Karbon (IPRK) 3.0 sebanyak RM500,000 bagi memperkasa komuniti dalam isu pelepasan karbon dan perubahan iklim.

Datuk Bandar MBIP, Datuk Mohd. Haffiz Ahmad berkata, geran berkenaan akan dimanfaatkan 26 projek komuniti yang telah diluluskan.

Menurut beliau, antara bidang keutamaan yang diberi tumpuan adalah penyediaan infrastruktur hijau dan pintar serta pengurusan sisa mapan termasuk sistem Internet of Things (IoT) selain kaedah pengkomposan sisa makanan menggunakan larva Black Soldier Fly (BSF).

“Bidang lain yang turut diberi tumpuan adalah pertanian dan sekuriti makanan yang melibatkan penyertaan murid tadika dan kariah surau, selain pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dengan memberikan tumpuan kepada sungai dan mikroplastik,” katanya.

Geran Komuniti IPRK itu dilaksana MBIP dengan kerjasama beberapa rakan strategik termasuklah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dan SWM Environment Sdn. Bhd..

Tambah Mohd. Haffiz, program geran komuniti IPRK yang telah memasuki tahun ketiga penganjurannya bertujuan menerapkan elemen pendidikan, kesedaran, penyelidikan dan penyesuaian perubahan iklim.

“Sementara itu, aspek pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar pula adalah bidang keutamaan baharu yang turut diberi perhatian.

“Geran Komuniti IPRK turut menekankan aspek inovasi sosial dan kelestarian agar setiap projek rendah karbon yang dilaksana memberi manfaat jangka masa panjang selain dapat diperluaskan kepada komuniti lain,” ujarnya.

Mohd. Haffiz turut memberitahu, pihaknya akan membuat penilaian bagi memastikan setiap projek rendah karbon dilaksana mencapai objektif ditetapkan selepas tempoh enam bulan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya