MBI Kedah lapor polis kenyataan Saifuddin

MBI Kedah lapor polis kenyataan Saifuddin

MBI Kedah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah membuat laporan polis berhubung kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang mendakwa terdapat seorang lelaki warga China bekerja dengan anak syarikat kerajaan negeri (GLC) itu.

Jurucakap Polis Kedah, Senior Asisten Komisioner Alzafny Ahmad berkata, laporan tersebut dibuat oleh Pengurus Sumber Manusia dan Pentadbiran MBI Kedah, kira-kira pukul 6 petang semalam.

“Wanita itu membuat laporan polis bagi menafikan dakwaan Saifuddin yang tular dalam media sosial pada 27 Julai lalu menyatakan terdapat seorang lelaki China bekerja dengan MBI Kedah.

“Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Baru-baru ini, Saifuddin dalam beberapa siri ceramahnya mendakwa terdapat individu warga China yang diambil bekerja dengan MBI Kedah bagi projek perlombongan unsur nadir bumi (REE).

Saifuddin mendakwa, salah seorang yang diambil bekerja dengan MBI Kedah itu pernah ditahan pihak berkuasa kerana terlibat dengan kecurian REE.

Sementara itu Alzafny memaklumkan, setakat ini tiada laporan diterima berkaitan ucapan yang menyentuh isu agama, raja dan kaum (3R) di seluruh negeri itu.

“Secara keseluruhannya terdapat 59 ceramah diadakan di seluruh Kedah semalam iaitu 10 melibatkan Barisan Nasional (BN), lima Pakatan Harapan (PH), 38 Perikatan Nasional (PN) dan enam bebas.

“Kota Setar mencatatkan jumlah ceramah terbanyak iaitu 13, diikuti Kulim (7), Baling (6) dan Kubang Pasu (5),” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya