Mayat wanita warga emas ditemukan terapung - Utusan Malaysia

Mayat wanita warga emas ditemukan terapung

MAYAT seorang wanita warga emas ditemukan terapung di muara sungai di Medan Pantai Jerejak, Bayan Lepas, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Mayat seorang wanita warga emas ditemukan terapung di muara sungai di Medan Pantai Jerejak, Bayan Lepas, di sini hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan mayat wanita dipercayai berusia 60-an itu kira-kira pukul 11.45 pagi.

”Pihak bomba menerima panggilan kecemasan memaklumkan penemuan mayat wanita yang lengkap berpakaian pagi ini.

“Pihak bomba dimaklumkan mayat wanita dipercayai warga emas itu ditemukan oleh nelayan di kawasan tersebut sebelum memaklumkan kepada pihak berkuasa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, pihak bomba menjalankan kerja-kerja mengangkat mangsa dan seterusnya mayat diserahkan kepada pihak polis untuk dihantar ke hospital untuk dibedah siasat.

”Operasi yang dijalankan tamat sepenuhnya pukul 12.33 tengah hari,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya