Mayat terapung dijumpai di lombong - Utusan Malaysia

Mayat terapung dijumpai di lombong

MAYAT lelaki ditemukan terapung di lombong di Taman Rasi Jaya dekat Menglembu, Ipoh hari ini. - UTUSAN/IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Mayat seorang lelaki ditemukan terapung di lombong di Taman Rasi Jaya dekat Menglembu, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, laporan berhubung kejadian itu diterima daripada orang awam pada pukul 9.45 pagi.

Katanya, pasukan siasatan yang tiba di lokasi kejadian telah menemui mayat terapung pada jarak 10 meter dari tebing lombong.

“Turut dijumpai di lokasi kejadian sebuah motosikal jenis Honda EX5 dan sepasang selipar di tepi lombong disyaki milik simati.

“Pasukan bomba telah dihubungi bagi membantu mengeluarkan mayat dari lombong. Hasil pemeriksaan terhadap tubuh simati mendapati tiada sebarang kesan perlakuan jenayah,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pemeriksaan lanjut pada badan simati telah menjumpai kad pengenalan di poket seluar bahagian kanan atas nama seorang lelaki berusia 55 tahun.

Katanya, semakan mendapati motor yang ditinggalkan berhampiran lokasi kejadian didaftarkan atas nama simati.

“Simati tinggal bersama abang dan adik lelakinya di Kampung Baru Buntong. Menurut abang simati, adiknya itu masih bujang dan merupakan seorang pesakit mental.

“Mayat dihantar ke Hospital Raja Pemaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat dan mendapati punca kematian akibat mati lemas. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya