Mayat pemandu bot jatuh Tasik Kenyir ditemukan - Utusan Malaysia

Mayat pemandu bot jatuh Tasik Kenyir ditemukan

ANGGOTA bomba mengangkat mayat Mohd. Faisal Draman yang lemas setelah terjatuh di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Mayat pemandu bot pelancong yang terjatuh di Tasik Kenyir dekat sini akibat kemalangan dua bot laju pada Jumaat lalu berjaya ditemukan di tasik itu, pada hari ini.

Ketua Balai dan Penyelamat Kuala Berang, Hanaffi Mohamad berkata, mayat Mohd. Faisal Draman, 42, ditemukan terapung berhampiran lokasi dia terjatuh pada pukul 3.40 petang.

Menurutnya, sebelum itu, anggota pasukan mencari dan menyelamat telah melakukan pencarian di permukaan air di lokasi kejadian.

“Bot pasukan penyelamat telah melakukan teknik pusingan donat sebelum mayat Mohd. Faisal yang berada di dasar tasik timbul ke permukaan pada kira-kira 10 minit kemudian,” katanya dalam kenyataan di sini, petang tadi.

Hanaffi memberitahu, mayat Mohd. Faisal telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu di sini untuk bedah siasat.

Utusan Online Jumaat lalu melaporkan mangsa dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai akibat kemalangan melibatkan dua bot laju di Sungai Pertang berhampiran Santuari Kelah, Tasik Kenyir dekat sini.

Kejadian pada pukul 11.05 pagi itu berlaku selepas dua bot laju termasuk satu daripadanya dikendali Mohd. Faisal bertembung di lokasi kejadian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya