KEMAMAN: Selepas 17 jam abang mangsa tragedi kepala air di Jeram Mawar, Air Putih, di sini, Shahrizal Saliman melaungkan azan di lokasi pencarian, mayat adiknya, Muhammad Fikri, berjaya ditemukan. Mayat Muhammad Fikri, 24, ditemukan terdampar di beting pasir kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian pukul 9.20 pagi semalam. Shahrizal, 40, ketika ditemui pemberita berkata, dia bersyukur penantiannya selama enam hari berakhir semalam.. “Walaupun dia ditemukan mati dan saya hanya dapat melihat sekujur jasadnya, saya bersyukur, sekurang-kurangnya dia dijumpai,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. Shahrizal berkata, jenazah adik bongsunya akan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya