Mayat dua nelayan hilang ditemukan - Utusan Malaysia

Mayat dua nelayan hilang ditemukan

Nelayan hilang
MAYAT salah seorang mangsa hilang ditemukan oleh komuniti nelayan setempat berdekatan perairan Sungai Besar di Sabak Bernam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) menemukan dua mayat nelayan yang dilaporkan hilang sebelum ini berdekatan perairan Sungai Besar pada pukul 9.37 pagi dan 12.05 tengah hari tadi.

Identiti mangsa dikenalpasti melalui pengecaman awal oleh keluarga yang mengesahkan mangsa Kamarudin Che Om, 65 dan Mohd Noh Wah, 55, dilaporkan hilang di sekitar muara Sungai Haji Dorani.

Timbalan Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor, Komander Maritim Mohd. Shahrenliza Ghazali berkata, PHC menerima maklumat berkaitan penemuan mayat pertama daripada komuniti nelayan.

Katanya, manakala mayat kedua ditemukan oleh sekumpulan pemancing di kedudukan 6.9 batu nautika barat daya jeti Sungai Haji Dorani.

“Kedua-dua mayat dibawa ke Jeti Pangkalan Nelayan Sungai Haji Dorani,Sabak Bernam untuk proses pengecaman sebelum diserahkan kepada polis dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam bagi proses bedah siasat,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Terdahulu dua lelaki nelayan termasuk seorang warga tempatan dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas dalam kejadian kira-kira pukul 4.24 petang  di sekitar muara Sungai Haji Dorani, Sungai Besar di sini, semalam.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd. Zain memberitahu, pihaknya menjalankan operasi hari kedua pencarian bersama beberapa agensi lain di sekitar perairan Sungai Besar bermula pukul 8 pagi.

“Operasi itu dijalankan menerusi kaedah pencarian permukaan air di kawasan persisiran pantai dan Laut dengan menggunakan dua bot.

“Hasil maklumat mendapati seorang mangsa ditemui nelayan dan mayatnya dibawa ke jeti berdekatan. Identiti lelaki itu kemudian disahkan ahli keluarga yang turut berada di lokasi kejadian,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya