Mayat bayi lahir ditemukan atas longgokan sampah

Mayat bayi lahir ditemukan atas longgokan sampah

LOKASI mayat bayi dibalut baju kemeja ditemukan di kawasan Fajar, Lahad Datu, Sabah. - IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAHAD DATU: Mayat bayi lelaki baharu dilahirkan ditemukan atas longgokan sampah di tempat pembuangan sampah di kawasan Fajar, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dr. Rohan Shah Ahmad berkata, mayat bayi tersebut ditemukan opemandu lori kontraktor pembersihan sampah kira-kira pukul 11.30 malam.

Beliau berkata, ketika ditemukan, mayat bayi itu dibalut menggunakan sehelai baju kemeja wanita berwarna kelabu.

“Semasa sedang memungut sampah di kawasan berkenaan, pemandu lori yang merupakan warga tempatan berusia 44 tahun menemukan bayi dalam keadaan tidak bernyawa di atas longgokan sampah.

“Sepasukan pegawai polis ke lokasi bagi menjalankan siasatan dan mayat bayi dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Lahad Datu untuk proses bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat bayi dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Rohan berkata, pihaknya sedang berusaha mengesan suspek dalam kejadian itu dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Ibu pejabat Polis Daerah Lahad Datu di talian hotline 089-881255 atau Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Sophia Thomas Kasau di talian 013-9392505. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya