Maut kereta terbalik dalam parit - Utusan Malaysia

Maut kereta terbalik dalam parit

Maut
ANGGOTA bomba mengeluarkan mayat mangsa kemalangan itu di Jalan Parit 11-Pasir Panjang, Sekinchan, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Perjalanan seorang lelaki bertukar tragedi apabila maut selepas keretanya terbabas dan terbalik ke dalam parit di Jalan Parit 11 Pasir Panjang, Sekinchan di sini, hari ini.

Kemalangan itu melibatkan mangsa berusia lingkungan 30-an yang memandu kereta jenis Proton Wira.

Pengarah Bomba Selangor, Wan Md. Razali Wan Ismail berkata, sepasukan 10 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sekinchan bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 7.50 pagi.

“Pemeriksaan mendapati kereta itu masih berada dalam parit selepas terbabas di jalan berkenaan.

“Mangsa yang berjaya dikeluarkan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Wan Md. Razali, mayat lelaki itu diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya