Mat London meninggal dunia - Utusan Malaysia

Mat London meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengarah dan pelakon, Ahmad Ibrahim atau Mat London, 74, telah memghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira pukul 5.57 pagi tadi.

Berita duka itu dimaklumkan anaknya, Salmany Akir Ahmad menerusi perkongsian di Facebook.

“Sesudah laungan azan Subuh, papa menghembuskan nafas terakhir di hening pagi yang masih sepi, pagi Jumaat,” tulisnya.

Allahyarham yang juga Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) sebelum ini dimasukkan ke unit rawatan rapi HKL sejak 16 Jun lepas kerana jangkitan paru-paru.

Jenazah dibawa ke Masjid Taman Melawati pagi ini dan akan dikebumikan selepas solat Jumaat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya