Mat London bakal jalani pembedahan trakeostomi - Utusan Malaysia

Mat London bakal jalani pembedahan trakeostomi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah, Ahmad Ibrahim, 74 bakal menjalani pembedahan trakeostomi (tebuk leher) sekitar hari ini atau esok.

Anaknya, Alia Farhani memaklumkan, prosedur tersebut dibuat untuk memasukkan tiub ke dalam salur trakea sebagai alternatif untuk membolehkan bapanya bernafas.

“Jantung dan paru-paru beliau tidak stabil. Kadang okey, kadang tidak. Dia perlu menjalani pembedahan tersebut untuk membolehkannya bernafas.

“Kami tidak dapat pastikan bila pembedahan itu akan dibuat. Mungkin hari ini atau esok,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Ahmad Ibrahim atau Mat London dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak 12 Jun lalu akibat jangkitan paru-paru.

Beliau turut mengalami komplikasi kesihatan lain yang menjejaskan kesihatannya.

Kata Alia lagi, bapanya juga sudah sedarkan diri dan mampu memberi respons dengan mengangguk kepala dan menggerakkan kaki.

“Dia masih belum mampu bercakap, tetapi memberi maklum balas apabila kami bercakap dengannya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya