Manifesto BN Terengganu pikat pengundi muda - Utusan Malaysia

Manifesto BN Terengganu pikat pengundi muda

AHMAD Said (duduk, lima dari kiri) bergambar bersama bakal calon BN yang akan bertanding dalam PRN selepas melancarkan manifesto BN Terengganu di Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Barisan Nasional (BN) Terengganu yakin dapat memikat semula hati pengundi muda dan merampas kembali negeri itu dengan menawarkan manifesto yang menarik dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos depan.

Pengerusi BN Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, manifesto PRN Itu ditawarkan dengan mengambil kira keseluruhan aspek melalui lima teras yang menjanjikan masa depan cerah kepada generasi muda dan rakyat pelbagai lapisan masyarakat.

Menurutnya, lima teras itu ialah kebajikan dan sosial, pendidikan dan agama, infrastruktur, ekonomi serta orang muda dan belia.

“Kita harap ajak muda akan memikirkan masa depan mereka sebaik-baiknya untuk memilih BN yang kini berada dalam kepimpinan di peringkat pusat.

“Sangat penting agar kerajaan negeri sealiran dengan kerajaan Persekutuan kerana lebih banyak perancangan pembangunan dan kebajikan dapat dijalankan bersama.

“Semua manifesto ini adalah memenuhi keperluan rakyat terutama orang muda sebagai aset negara kerana kita menawarkan banyak kemudahan dan bantuan dalam pendidikan, sukan, perniagaan, ekonomi serta sokongan sosial sekiranya pengundi memilih BN,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan manifesto BN Terengganu dengan tema “Perpaduan Demi Kestabilan dan Kemakmuran’ di Pejabat Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu di sini, hari ini.

Antara manifesto BN Terengganu ialah dana pencen RM800, pinjaman pembelian motosikal tanpa faedah RM5,000 (subsidi RM500), bantuan komputer riba kepada pelajar institusi pengajian tinggi dan bantuan awal persekolahan kepada semua pelajar.

Untuk golongan muda pula, BN Terengganu akan mewujudkan Yayasan Kebajikan Anak Muda Terengganu, dana tahunan RM5,000 untuk persatuan belia, bantuan lesen memandu dan lesen perniagaan, memperbanyakkan kemudahan e-sport, memperkasakan latihan kemahiran dan menjadikan sukan sebagai kerjaya.

Ahmad menambah, BN Terengganu akan mengembalikan semula kegemilangan pendidikan negeri seperti yang pernah dicapai satu ketika dahulu dan ia dibuktikan dengan pelbagai tawaran antaranya mengagihkan semula e-book secara percuma kepada murid Tahun Dua di sekolah kebangsaan.

“Kita akan naik taraf sekolah-sekolah menengah Imtiaz sedia ada dan bina baharu di Marang, Setiu dan Kuala Nerus serta membina sebuah Universiti Sains Al-Quran di Terengganu.

“Kita juga akan meneruskan Lebuhraya Pantai Timur fasa ketiga dan membina jalan empat lorong dari Kuala Terengganu ke Besut, membina 10,000 rumah mampu milik dan menaik taraf kemudahan infrastruktur di semua jeti pelancongan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya