Malaysia - India teroka kerjasama baharu pertahanan

Malaysia – India teroka kerjasama baharu pertahanan

ANWAR Ibrahim menerima kunjungan hormat Menteri Pertahanan India, Shri Rajnath Singh, di pejabat beliau, Putrajaya. - GAMBAR IHSAN PEJABAT PERDANA MENTERI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Pertahanan India, Shri Rajnath Singh, di pejabat beliau, di sini.

Dalam pertemuan itu, Perdana Menteri berkata, kedua-dua pihak melontarkan pandangan untuk menilai kerjasama pertahanan antara Malaysia dan India.

Kata beliau, ini termasuk berbincang untuk membentuk kerjasama baharu yang boleh diterokai bersama.

“Kami turut berkesempatan bertukar pandangan terkait isu-isu antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.

“Saya turut dimaklumkan mengenai pertukaran surat (EOL) bagi meminda memorandum persefahaman (MoU) kerjasama pertahanan antara Malaysia dan India yang disempurnakan oleh kedua-dua menteri terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Yang turut mengiringi pertemuan itu ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya