Malaysia guna pendekatan negara berkuasa tengah

Malaysia guna pendekatan negara berkuasa tengah

ZAMBRY Abd Kadir (tengah) bergambar bersama ahli mesyuarat Majlis Perundingan Mengenai Dasar Luar Negeri di Kementerian Luar Negeri, Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia perlu mengambil pendekatan sebagai sebuah negara berkuasa tengah (middle power) atau tanpa berpihak dengan mempunyai polisi  pragmatis dalam mendepani cabaran geopolitik dunia.

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, dasar-dasar berkecuali Malaysia adalah sangat mustahak supaya ia tidak dilihat sebagai sebuah negara yang terlalu condong ke kanan atau ke kiri, mahu pun menyokong mana-mana negara kuasa besar sekali gus memberi impak tidak seimbang.

“Kedudukan Malaysia berada di kawasan paling strategik tentang persaingan antara kuasa-kuasa besar. Malaysia berada di kawasan perairan sangat sibuk iaitu Laut China Selatan dan Selat Melaka.

“Malaysia perlu mengambil pendekatan bagaimana untuk meletakkan negara Malaysia sebagai kuasa yang berada di tengah-tengah (kerana) kita tahu kita bukan lah kuasa besar, tapi dalam masa sama tidak boleh dilihat sebagai kuasa kecil dan tidak ada kesan langsung,” katanya menerusi sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Perundingan Mengenai Dasar Luar Negeri (CCFP) Bil. 2/2023 di Wisma Putra hari ini.

Selain hal ehwal geopolitik, Zambry berkata, mesyuarat juga membincangkan mengenai kedudukan ekonomi dunia berkait dengan perkembangan yang berlaku di seluruh negara.

Tambahnya, ini termasuk membincangkan mengenai cabaran semasa, pendekatan yang perlu dilakukan Malaysia dalam menangani isu terkini.

“Antara cabaran besar kita lihat projeksi tentang ekonomi di masa kini dan masa akan datang dalam tempoh terdekat, dibentangkan dari segi kedudukan, pertembungan ekonomi, kuasa ekonomi termasuk kesan daripada China dan Amerika Syarikat.

“Isu-isu yang diistilahkan sebagai ‘decoupling’, bagaimana mereka bersaing dan bagaimana untuk menyelamatkan (negara) dalam persaingan sengit, apa yang akan terjadi kepada negara kita dan lokasi Malaysia di tengah-tengah saingan yang ada ini, ia memberi gambaran sebenar apa akan berlaku,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya