Malaysia berpotensi menjadi pengeskport makanan

Malaysia berpotensi menjadi pengeskport makanan 10 tahun lagi

PROF. DR. ABDUL RAHIM ABDUL SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pakar menjangkakan Malaysia berpotensi menjadi negara pengeskport  bekalan makanan dalam sepuluh tahun akan datang jika produktiviti terhadap pengeluaran diperkasakan secara drastik.

Ketua Laboratori Kajian Dasar Pertanian dan Makanan Institut Pertanian Tropika Dan Sekuriti Makanan (ITAFoS) Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr. Abdul Rahim Samad  berkata, antara bekalan makanan asas iaitu beras dapat dibekalkan seratus peratus dalam negara.

Menurutnya, jelapang padi yang sedia ada dalam negara sudah cukup mampu mengeluarkan bekalan yang mencukupi, tanpa memerlukan penambahan kawasan tanaman yang akan membawa masalah kepada penebangan hutan sekaligus membawa kesan buruk .

“Melihat dari pencapaian pengeluaran tan beras yang tinggi di Selangor, sebenarnya memberi petunjuk bagi negara kita boleh berkeupayaan untuk mencapai sifar peratus eksport suatu hari nanti.

“Oleh itu,  semua pihak perlu bergabung dalam memfokuskan produktiviti beras, iaitu yang pertama menigkatkan jumlah tan pengeluaran dan yang kedua perlu ada penyelidikan mendalam, supaya kita boleh menambah lagi musim penanaman padi dalam setahun,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Tambahnya, jika penggunaan teknologi dan cara penanaman padi di Selangor dapat dipelajari dan diaplikasi oleh para petani di seluruh negara, maka  tidak mustahil Malaysia boleh menjadi  antara pengeluar bekalan beras di dunia.

Dalam pada itu, katanya input pertanian dari segi penggunaan teknologi dan baja bagi tanaman  juga perlu dipertingkat, ini berhubung  sektor pertanian negara yang masih memperlihatkan  petani bergantung dengan baja import.

Jelasnya, keperluan dana bagi membantu penyelidik untuk membuat penyelidikan berkenaan dengan nubuatan  hasil baja keluaran dalam negara dapat memberi manfaat kepada pertanian.

Beliau berkata, disebabkan  penyelidikan yang dijalankan memerlukan kos yang tinggi maka kajian yang dijalankan terbantut dan mengambil masa yang agak lama .

Justeru itu, beliau mencadangkan agar sektor penternakan juga memerlukan penambahbaikan kerana sektor tersebut dilihat berkait rapat dapat membantu permasalahan baja tanaman negara yang berkurangan.

“Jika ternakan di perbanyakkan ianya dapat menyelesaikan masalah daging import, selain itu hasil buangan haiwan tersebut dapat diroses dijadikan baja  seperti alternatif yang sama digunakan di negara lain.

“Ini dimana bahan tersebut bebas daripada kimia dan bersifat organik dan dapat emnyumbangkan kepada kesuburan tanaman,”ujarnya.

Sebelum ini,  harga makanan dunia dijangka meningkat ekoran daripada Russia yang tidak mahu menyambung semula perjanjian eksport bijirin.

Difahamkan perjanjian bijirin tersebut sebelum ini membantu menstabilkan pasaran global serta menurunkan harga makanan di kebanyakan negara. –UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya