Majlis apresiasi kecemerlangan pelajar SMK Pekan Baru

Majlis apresiasi kecemerlangan pelajar SMK Pekan Baru

(Duduk, dari kiri) NOR DIN Abdullah, Abdul Rasyid Idris @ Adir, Abdul Wahid Shafihee dan Mohammed Fahmi Latib bersama jawatan kuasa Majlis Apresiasi Kecemerlangan Pelajar SMK Pekan Baru, Parit Buntar, Perak, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEKOLAH Menengah Kebangsaan (SMK) Pekan Baru, Parit Buntar, Perak dengan kerjasama persatuan ibu bapa dan guru sekolah (PIBG) berkenaan menganjurkan majlis apresiasi bagi meraikan kecemerlangan pelajarnya dalam pelbagai bidang, semalam.

Majlis Apresiasi Kecemerlangan Murid Tahun 2023 diadakan bagi menghargai kejayaan pelajar yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum serta menghargai jasa dan pengorbanan guru yang mendidik mereka sehingga berjaya.


ABDUL Rasyid Idris @ Adir (tengah) menyampaikan Anugerah Guru Ikon SMK Pekan Baru Tahun 2023 sambil diperhatikan Abdul Wahid Shafihee (kanan).

Objektif penganjurannya juga untuk menghargai kejayaan pelajar dalam peperiksaan dan memberi inspirasi kepada pelajar lain untuk terus berjaya.

Selain itu, ia bertujuan melahirkan warga sekolah yang berjaya dan berdaya saing serta menjadikan SMK Pekan Baru sebagai sekolah yang dapat melahirkan warga berkualiti.

Fokus majlis adalah kepada semua murid yang berjaya dengan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 dan Peperiksaan Dalaman 2022, Kokurikulum serta Anugerah HEM (Hal Ehwal Murid) SMK Pekan Baru.


NOR DIN Abdullah menyampaikan anugerah kepada seorang pelajar semasa Majlis Apresiasi Kecemerlangan Murid Tahun 2023 SMK Pekan Baru di Parit Buntar, Perak, semalam.

Antara anugerah yang disampaikan ialah  Anugerah Hal Ehwal Murid dan Anugerah Kokurikulum yang mana pelajar, Nurul Aliah Hamzah mewakili Perak di peringkat kebangsaan dalam kejohanan memanah; Izzul Syahir Ishak (mewakili Perak di peringkat kebangsaan dalam acara pelayaran optimis lelaki bawah 15 tahun) dan Muhammad Azim Azahari di peringkat Sukan Malaysia (Sukma) 2022 dalam kejohanan berbasikal.

Majlis itu dirasmikan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Malaysia Palm Oil Green Conservation Foundation, Datuk Abdul Rasyid Idris @ Adir. Yang hadir sama Yang Dipertua PIBG SMK Pekan Baru, Nor Din Abdullah; Naib Yang Dipertua, Mohammed Fahmi Latib; Pengetua sekolah itu, Abdul Wahid Shafihee dan Ketua Balai Polis Parit Buntar, Inspektor Mohd. Romzi  Mohammad. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya