MAFS, Bernas bincang atasi kekurangan bekalan beras - Utusan Malaysia

MAFS, Bernas bincang atasi kekurangan bekalan beras

Bekalan beras
MOHAMAD Sabu ditemui pemberita selepas merasmikan Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Klang di Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) mengadakan perbincangan bersama syarikat Padiberas Nasional Berhad (Bernas) bagi menyelesaikan kekurangan bekalan beras di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, beliau mengakui terdapat kekurangan bekalan beras keluaran tempatan disumbang oleh faktor cuaca yang merencatkan pertumbuhan padi bagi memenuhi keperluan pasaran.

Orang awam diminta untuk membuat laporan kepada pihak MAFS sekiranya berlaku kekurangan beras di kawasan mereka supaya pihak kementerian dapat mengambil tindakan sewajarnya di kawasan tersebut.

“Bekalan beras tempatan memang berlaku sedikit pengurangan, tapi kami yakin bekalan beras masih mencukupi (di pasaran tempatan). 

“Saya harap pengilang beras dapat keluarkan stok bekalan beras yang mereka. Kami tidak mahu masalah ini berlarutan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Klang, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa orang ramai melaporkan kepada kementerian sekiranya berlaku kekurangan bekalan beras di kawasan kediaman masing-masing supaya langkah pembekalan dapat dilakukan.

Sementara itu, Pengerusi FAMA, Aminuddin Zulkipli memaklumkan pihaknya akan melaksanakan pelan intervensi sekiranya wujud kenaikan harga bahan makanan susulan keputusan kerajaan Rusia yang menarik diri daripada perjanjian yang membenarkan Ukraine mengeksport bijirin melalui Laut Hitam ke bahagian negara bergelut dengan masalah kebuluruan.

“Namun, kita hanya boleh langkah intervensi terhadap bahan makanan seperti ayam, daging lembu, ikan dan sebagainya. Kalau bahan makanan yang dimakan haiwan ternakan, itu tindakan di agensi lain di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

“Jadi, orang ramai tidak perlu bimbang mengenai isu ini. Kalau rasa bahan makanan di pasaran tempatan mahal, boleh berkunjung di pasar yang dianjurkan FAMA,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya