Madrasah Ihya’ Ulumuddin dinobat Pondok Harapan 1445 Hijrah - Utusan Malaysia

Madrasah Ihya’ Ulumuddin dinobat Pondok Harapan 1445 Hijrah

MADRASAH Ihya’ Ulumuddin Selising dinobatkan sebagai Pondok Harapan sempena sambutan Maal Hijrah 1445 Hijrah Peringkat Negeri Kelantan. – UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Madrasah Ihya’ Ulumuddin Selising di sini, di­nobatkan sebagai Pondok Harapan sempena sambutan Maal Hijrah 1445 Hijrah Peringkat Ne­geri Kelantan yang berlangsung di Masjid Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian, Kota Bharu, semalam.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Mudirnya, Mohamed Khairudi Mohamed Alwi berkata, anugerah itu menyuntik sema­ngat warga pondok meningkatkan kecemerlangan dalam pendidikan Islam, pembangunan sumber dan pengurusan.

Menurutnya, anugerah dan kemenangan yang diperoleh akan membuka mata masyarakat bahawa institusi pondok juga dapat berdiri setaraf dengan institusi pengajian yang lain.

“Pondok Ihya’ Ulumuddin sebelum ini dikenali sebagai pondok tradisional ditubuhkan pada 2015 melaksanakan pengajian kitab, tahfiz al-Quran dan kokurikulum yang berkonsepkan bidang ilmu pertanian.

“Pondok yang dihuni pelajar dari seluruh negara termasuk warga emas turut menjadi me­dan ilmu komuniti setempat,” katanya ketika ditemui di sini.

Mohamed Khairudi membe­ritahu, pondok berkenaan diba­ngunkan mengikut arus pembangunan semasa yang lengkap dengan pelbagai kemudahan dan keselesaan kepada 126 pelajar bersama tenaga pengajar.

Katanya, pelbagai kegiatan kemasyarakatan turut dilaksana menampilkan pondok sebagai pusat komuniti yang aktif.

“Paling utama agenda mele­takkan sistem pengajian pondok pada kelas pertama diterus agar kecemerlangan dan kualiti pelajar serta pengurusannya setan­ding dengan institusi pendidikan lain di negara ini,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya