LKIM sedia bantu pemilik jeti nelayan daftar dengan LUAS - Utusan Malaysia

LKIM sedia bantu pemilik jeti nelayan daftar dengan LUAS

Jeti nelayan
MUHAMMAD Faiz Fadzil menyampaikan bantuan peralatan penangkapan ikan dan bakul makanan kepada 50 orang nelayan pada Majlis Rahmah Mesra Madani di Hab Nelayan Sungai Sembilang, Jeram, di Kuala Selangor, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bersedia menjadi pemudah cara kepada 1,350 jeti-jeti nelayan di negeri ini untuk didaftarkan bagi pewartaan di bawah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) supaya membolehkannya terus beroperasi.

Kesemua jeti yang perlu didaftarkan itu termasuklah 55 jeti di bawah LKIM menerusi Enakmen LUAS yang dikuatkuasakan sejak 2016.

Pengerusi LKIM, Muhammad Faiz Fadzil berkata, bagaimanapun LKIM dan pemilik-pemilik jeti nelayan sama ada secara individu ataupun swasta memerlukan masa bagi mematuhi syarat-syarat ditetapkan sebelum ia didaftarkan di bawah LUAS.

“Jadi kita sentiasa engage dengan Kerajaan Selangor dan memerlukan masa untuk menyelaraskan sebelum jeti itu didaftarkan di bawah LUAS. Setakat ini, Kerajaan Selangor memahami kekangan yang dihadapi, tidak ada sebarang tindakan penguatkuasaan terhadap mana-mana jeti.

Termasuk jeti-jeti di bawah LKIM dan Jabatan Perikanan, semua kena. Kita ada 55 jeti LKIM dan saya rasa kita tiada masalah untuk uruskan sebab kita ada peruntukan untuk membayar kos,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Rahmah Mesra Madani Pengerusi LKIM Bersama Nelayan Kuala Selangor, hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan pendaratan ikan di negeri ini sebanyak 8,000 hingga 10,000 tan metrik sebulan be­risiko terjejas berikutan 1,350 jeti nelayan dikenal pasti tidak diwartakan dan berdepan risiko saman serta perobohan premis oleh pihak berkuasa berkaitan.

Jeti-jeti dikenal pasti keba­nyakannya adalah milik individu atau komuniti setempat di sepanjang pantai barat dari Sepang hingga ke Sabak Bernam yang menjadi tempat pendaratan ikan oleh nelayan-nelayan kecil atau penangkap ikan dalam kategori bot kelas A dan B.

Dalam pada itu, Muhammad Faiz memaklumkan LKIM bersedia membantu pemilik-pemilik jeti nelayan sama ada individu dan swasta untuk melalui proses pematuhan syarat melalui pemutihan semula jeti-jeti yang tidak diwartakan.

“Jeti-jeti sudah wujud lebih lama, jadi kita perlu mendaftar dan akur dengan penguatkuasaan tersebut, cuma memerlukan masa dan kos untuk mendaftar seperti mengukur keluasan jeti dan tanah yang terlibat bagi mendapat kebenaran LUAS.

“LKIM akan menjadi pemudah cara kepada pemilik jeti-jeti untuk mendaftar jeti mereka di bawah LUAS. Caranya nanti akan diperhalusi oleh LKIM,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya