Lelaki warga Pakistan dituduh cabul kehormatan wanita Perancis - Utusan Malaysia

Lelaki warga Pakistan dituduh cabul kehormatan wanita Perancis

MUHAMMAD Akhtar Ramzan didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini atas pertuduhan mencabul kehormatan wanita warga Perancis, Isnin lalu. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pengemas bilik hotel warga Pakistan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencabul kehormatan seorang wanita Perancis di sebuah hostel di Medan Kidd di sini, Isnin lalu.

Tertuduh, Muhammad Akhtar Ramzan, 28, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret S. Punitha.

Mengikut pertuduhan, lelaki terbabit didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap Luna Eve Waquet, 23, dengan maksud untuk mencabul kehormatan wanita itu.

Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah hostel di Medan Perhentian Medan Kidd dalam daerah Kinta pada pukul 11 malam pada 17 Julai 2023.

Pendakwaan terhadap tertuduh dikemukakan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana daripada dua hukuman itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Hidayu Zakaria manakala tertuduh diwakili Peguam R Rajasegaran.

Tiada jaminan ditawarkan dan mahkamah menetapkan 17 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya