Lelaki peluk wanita di LRT Maluri berada di HKL

Lelaki peluk wanita di LRT Maluri berada di HKL

MOHD. Shuhaily Mohd. Zin dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, hari ini. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis mengenal pasti lelaki yang melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita di platform LRT, Stesen Maluri, Cheras pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain  berkaa, suspek tersebut dipercayai berada di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Dia kini berada di HKL, kita akan menangkapnya tidak lama lagi,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Kelmarin, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin mengesahkan polis sedang mengesan suspek selepas  menerima laporan polis berhubung kejadian itu pada pukul 8.40 pagi daripada seorang wanita tempatan.

Beliau dilaporkan berkata, kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, media melaporkan seorang wanita berdepan detik cemas apabila dipeluk secara tiba-tiba seorang lelaki yang tidak dikenali di stesen LRT Maluri.

Bagaimanapun, tindakan pantas orang awam yang berada di lokasi terbabit menyelamatkan wanita itu dalam kejadian pada pukul 7.58 pagi.

Dalam pada itu, menurut Mohd. Shuhaily, pihaknya turut menahan lelaki warga Ghana dipercayai memanjat kereta seorang wanita ketika memandu di bulatan Kampung Pandan di sini pada 17 Julai lalu. 

“Lelaki itu dituduh di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan. Dia juga akan dihantar untuk pemerhatian mental,” ujarnya.

Pada 19 Julai lalu, tular seorang lelaki warga asing memanjat sebelum berguling atas sebuah kereta di tengah jalan di Kampung Pandan.

Difahamkan, mangsa menjadi cemas selain membunyikan hon beberapa kali sebelum tindakan lelaki itu dihalang orang awam. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya