Lelaki maut dihempap kontena  - Utusan Malaysia

Lelaki maut dihempap kontena 

Kontena
KEADAAN kontena dan kereta mangsa di Jalan Dato Yusof Shahbudin 29A, Taman Sri Sentosa, Klang, Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Seorang lelaki maut apabila kereta dipandunya dihempap sebuah kontena yang sedang dipunggah barang di Jalan Dato Yusof Shahbudin 29A, Taman Sentosa di sini, petang tadi.

Difahamkan, mangsa berusia lingkungan 40-an yang memandu Perodua Kancil dipercayai berlanggar dengan kontena tanpa kepala lori tersebut.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Bomba Selangor, Zulfikar Jaffar berkata, sepasukan sembilan pegawai dan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 4.46 petang.

“Pemeriksaan mendapati kemalangan itu melibatkan sebuah lori kontena tanpa kepala yang sedang mengisi barang dan Kancil. Kejadian itu mengakibatkan mangsa yang juga pemandu kereta tersepit di bawah kontena tersebut.

“Mangsa berjaya dikeluarkan anggota bomba dalam tempoh 10 minit. Lelaki itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pasukan perubatan untuk tindakan lanjut,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong memaklumkan kejadian berpunca akibat tanah jerlus mengakibatkan permukaan jalan tidak stabil.

Menurutnya, polis menerima maklumat mengenai kejadian sebuah kereta Perodua Kancil pukul 5.09 petang dan siasatan mendapati kontena tanpa kepala lori itu diletakkan di tepi jalan berkenaan bagi kerja pemunggahan barang.

“Mangsa dipercayai turut parkir bersebelahan kontena tersebut untuk membeli makanan di restoran berdekatan. Namun, lelaki itu ternampak kontena berkenaan sedikit condong sebelum bertindak mengubah kereta miliknya ke kawasan lain,” jelasnya.

Katanya lagi, mangsa bagaimanapun tidak sempat berbuat demikian apabila kontena itu terbalik lalu menghempap mangsa dan kereta miliknya.

“Lelaki itu dipercayai belum sempat masuk ke dalam keretanya ketika kejadian. Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas perubatan.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi dibedah siasat. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya