Lebih lapan tahun 40 rumah Bina Negara di Felcra Sri Makmur terbiar - Utusan Malaysia

Lebih lapan tahun 40 rumah Bina Negara di Felcra Sri Makmur terbiar

RUMAH Bina Negara Felcra Sri Makmur terbiar sejak lapan tahun kerana penerimanya gagal memperoleh pinjaman bank.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN: Biarpun siap dibina dan sudah ditawarkan kepada penerimanya, namun 40 buah rumah Bina Negara di Felcra Sri Makmur di sini terbiar tanpa penghuni sejak lebih lapan tahun lalu.

Difahamkan, penerima rumah terbabit tidak dapat menghuni rumah tersebut kerana gagal memperoleh pinjaman bank.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang penerima, Mohd. Asri Jantan, 52, berkata, walaupun tawaran pembelian rumah itu kepada anak peserta Felcra, tetapi kekangan syarat ketat menyebabkan rumah kosong dan terbiar begitu sahaja.

“Macam di rumah atas nama saya, bekalan elektrik dan air sudah ada tapi tidak boleh duduk disebabkan syarat ketat yang ditetapkan.

“Saya akui memang saya tiada pendapatan tetap tetapi saya mampu untuk membayar secara ansuran rumah yang berharga RM75,000 itu,” katanya di sini semalam.

Projek Penyusunan Semula Kampung (PPSK) Felcra Sri Makmur Rumah Bina Negara dimulakan sekitar 2003 dan penye­rahan kunci peringkat pertama kepada 160 penerima pada 15 Februari 2013.

Ketika itu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyem­purnakan upacara penyerahan kunci itu kepada pe­nerima yang berkelayakan dan mendapat pembiayaan bank.

Mohd. Asri berkata, merujuk kepada pelan pembangunan Rumah Bina Negara, terdapat 275 unit rumah dibina dan sebahagiannya sudah diduduki oleh peserta.

“Bagi mengelakkan rumah terus terbiar kosong dirayu pihak Felcra membenarkan kami tinggal di rumah ini de­ngan bayaran secara ansuran dari kerja-kerja ladang, perniagaan dan lain-lain atau melalui jaminan pendapatan ketua keluarga,” katanya.

Beliau percaya generasi ke­dua Felcra Sri Makmur bertanggungjawab untuk menjelaskan harga rumah itu kerana menjadi idaman sejak sekian lama.

Mohd. Asri yang menghidap penyakit buah pinggang dan menjalani rawatan hemodialisis serta tiroid merayu supaya rumah berkenaan dapat didiami dalam tempoh terdekat ini.

Jika tidak katanya, matlamat kerajaan untuk melaksanakan proses urbanisasi kawasan luar bandar di negara ini hanya indah di atas kertas tetapi masih ramai rakyat merempat bagaikan berada di negara asing.

Dalam perkembangan berkaitan Mohd. Asri turut kecewa nasibnya bagai jatuh ditimpa tangga apabila rumah bapanya di Felcra Sri Makmur yang terbakar pada 19 Disember 2017 tidak diganti baharu walaupun mendapat pengesahan daripada pihak bomba dan polis.

“Disebabkan itu, kami seke­luarga tinggal di kampung ke­rana tiada rumah untuk didiami. Sudah berbuih kami mengadu, tiada langsung simpati terhadap kami,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya