LBS diiktiraf syarikat pengurusan terbaik Malaysia kali kedua - Utusan Malaysia

LBS diiktiraf syarikat pengurusan terbaik Malaysia kali kedua

PENGARAH Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif LBS, Datuk Wira Joey Lim Hock Guan (kiri) menerima Anugerah ‘Deloitte Syarikat Pengurusan Terbaik Malaysia 2023’ daripada Ketua Pegawai Eksekutif Deloitte Malaysia, Yee Wing Peng (dua dari kiri) disaksikan oleh Ketua Program Pengurusan Syarikat Terbaik SEA, Michael Tsia (kanan) dan Pengerusi Taliworks Corporation Berhad, YAM Tunku Ali Redhauddin (dua dari kanan).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemaju perumahan terkemuka, LBS Bina Group Berhad (“LBS” atau “Kumpulan”) dengan sukacitanya mengumumkan bahawa LBS telah dipilih sebagai penerima “Anugerah Syarikat Pengurusan Terbaik 2023 (Malaysia)” oleh firma perunding global terkemuka Deloitte (“Anugerah”). Ini merupakan penganugerahan bagi tahun kedua berturut-turut yang diperolehi oleh LBS. Anugerah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Deloitte SEA, Yee Wing Ping kepada Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan LBS, Datuk Wira Joey Lim Hock Guan pada majlis anugerah yang diadakan di EQ Kuala Lumpur kelmarin.

Anugerah Syarikat Pengurusan Terbaik Deloitte merupakan sebuah program anugerah perniagaan yang berprestij dan telah dianjurkan di lebih 37 buah negara sejak 1993. Ia mengiktiraf syarikat tempatan milik persendirian (termasuk entiti yang tersenarai dengan saham majoriti yang dipegang secara persendirian) di atas kecemerlangan organisasi dan sumbangan mereka kepada ekonomi. 

Mengulas mengenai Anugerah tersebut, Datuk Wira Joey Lim berkata, “Kami amat berbesar hati untuk sekali lagi dinobatkan sebagai salah satu daripada pemenang Syarikat Pengurusan Terbaik Malaysia 2023 oleh Deloitte – ia adalah gambaran sebenar kejayaan berterusan kami sebagai sebuah organisasi. Sebagai pemaju perumahan rakyat, di samping memberi penekanan kepada nilai teras kami dan tumpuan kepada kediaman yang berkualiti berdasarkan tiga teras utama iaitu Mampu Milik, Ketersambungan dan Komuniti.”

“Anugerah ini merupakan penghargaan terhadap usaha dan dedikasi hampir 500 kakitangan LBS di samping penerapan budaya kerja dinamik serta perlaksanaan perancangan strategik. Adalah sesuatu yang amat mengujakan untuk menyaksikan pengiktirafan terhadap komitmen dan perkembangan LBS di sepanjang tahun.

Menerima anugerah ini bagi tahun kedua menunjukkan usaha dan komitmen LBS yang berterusan sebagai satu pasukan kepada pemilik rumah, komuniti dan negara. Saya sangat berbangga dengan pasukan LBS,” tambah Datuk Wira Joey Lim. 

Dato’ Cynthia Lim, Pengarah Eksekutif LBS, menekankan komitmen teguh syarikat terhadap kelestarian dan inovasi semasa temu bual langsung eksklusif. “LBS telah melabur RM 60 juta untuk mewujudkan Sistem Binaan Berindustri (IBS). Pendekatan perintis ini menyelaraskan pembinaan dengan penghasilan panel konkrit pratuang dalam tetapan kilang terkawal dan pemasangan di tapak pembinaan dengan kerja tambahan minimum. Pelaksanaan IBS telah mengurangkan masa pembinaan, meminimumkan pembaziran bahan, penyelesaian isu buruh, pengurangan kesan alam sekitar dan meningkatkan kualiti keseluruhan. Bermula pada 2018 dengan perasmian kilang mudah alih di LBS Alam Perdana, diikuti dengan pembukaan kilang utama di Nilai pada Mac 2019, pelaburan ini menekankan dedikasi teguh LBS terhadap amalan mampan dan inovatif.”

Beliau turut menyentuh inisiatif LBS untuk mewujudkan persekitaran inklusif untuk pekerja, termasuk peluang latihan dan pembangunan yang komprehensif, pakej imbuhan yang kompetitif, dan faedah pekerja yang disesuaikan. Sebagai pemaju rakyat, misi LBS adalah untuk membina rumah mampu milik dan berkualiti tinggi. Walaupun menghadapi cabaran COVID-19, termasuk gangguan rantaian bekalan, peningkatan kos bahan mentah dan kekurangan buruh, LBS bertindak pantas dengan melaksanakan amalan mampan dan mengoptimumkan kecekapan operasi. Ini melibatkan strategi perniagaan yang inovatif, perkongsian strategik, inisiatif pendigitalan, pelaburan pengurusan bakat, dan keutamaan pengalaman pelanggan dan kualiti produk. Usaha ini memperoleh pengiktirafan LBS, dan tersenarai di Bursa FTSE4Good pada 2022, mengesahkan komitmen syarikat terhadap piawaian alam sekitar, sosial dan tadbir urus yang mantap.

Diadili oleh panel perniagaan dan wakil akademik, LBS telah dipilih kerana menghadapi halangan secara konsisten dengan mencipta penyelesaian yang inovatif dan mengutamakan pelanggan. Melangkah ke hadapan, LBS akan terus memanfaatkan pelaburan komuniti untuk mencipta masa depan yang terjamin dan mampan. Dengan itu, LBS merancang untuk terus memupuk budaya korporat yang positif, merangkumi kepelbagaian dan komprehensif. 

Mengenai LBS Bina Group Berhad 

LBS Bina Group Berhad (LBS), pemaju perbandaran terkemuka di peringkat antarabangsa dengan visi untuk membina ruang inspirasi sempurna merupakan penyandang pelbagai anugerah menerusi projek pembangunannya. Dengan mengutamakan pembeli rumah, LBS telah membina dan membentuk landskap negara selama 30 tahun dan terus memenuhi permintaan pasaran bagi rumah berkualiti dan mampu milik.

Kini, dengan bank tanah di seluruh Malaysia, LBS terus meraih kejayaan dan kekal kukuh dengan kejayaan perbandaran seperti Bandar Saujana Putra, KITA @ Cybersouth di Dengkil, LBS Alam Perdana di Bandar Puncak Alam dan lain-lain lagi. Selain daripada pembangunan hartanah, LBS turut terlibat di dalam pengurusan runcit, perhotelan dan pelancongan.

Kejayaan berterusan yang dilakar oleh LBS adalah hasil kepimpinan Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS, Tan Sri Lim Hock San yang turut dianugerahkan dengan pingat emas sebagai Property Man of the year by Malaysia Property Award (FIABCI) pada tahun 2018 yang merupakan Anugerah ‘Oscar’ dalam industri hartanah. Ketabahan dan kegigihan Tan Sri Lim di dalam mengatasi cabaran industri, serta kepimpinan yang cemerlang dengan pengetahuan ilmu industri hartanah yang unggul di samping nilai integriti dan tanggungjawab menjadi tonggak kepada penerimaan anugerah ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya