Lawatan sulung Presiden Filipina ke Malaysia perkukuh dua negara

Lawatan sulung Presiden Filipina ke Malaysia perkukuh dua negara

ANWAR Ibrahim (kanan) bersama Marcos Jr. di Istana Malacanang ketika melawat Filipina pada Mac lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr. mengadakan lawatan rasmi sulung ke Malaysia bermula hari ini hingga 27 Julai sekali gus dilihat bakal mengeratkan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, kunjungan Marcos Jr. akan diiringi isterinya, Louise Araneta-Marcos selain disertai Setiausaha Kabinet, ahli politik serta pegawai kanan kerajaan berkenaan.

“Marcos Jr. akan diberikan sambutan negara oleh Yang di-Pertuan Agong, Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah di Istana Negara, esok.

“Selepas itu, Marcos Jr. dijadualkan menghadap Al-Sultan Abdullah disusuli dengan satu majlis santapan negara bagi meraikan beliau dan delegasi,” katanya di sini hari ini.

Pada masa sama, katanya, Marcos Jr. juga dijadualkan bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mana kedua-dua pemimpin dijangka bertukar-tukar pandangan.

Perbincangan mereka bakal melibatkan isu-isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.

“Lawatan itu menggambarkan jalinan persahabatan dan hubungan erat antara kedua-dua negara selaku jiran rapat serta negara ASEAN termasuk menerusi pertukaran lawatan tahap tertinggi seperti lawatan rasmi Perdana Menteri ke Manila pada Mac lalu,” jelasnya.

Filipina merupakan rakan dagangan dunia ke-15 terbesar Malaysia dan kelima terbesar dalam negara anggota ASEAN dengan jumlah dagangan bernilai RM41.45 bilion pada tahun lalu.

Ia menunjukkan peningkatan sebanyak 20.1 peratus berbanding jumlah dagangan pada 2021. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya