Laungan ‘Gelombang Biru’ iringi perarakan Ahmad Razif   - Utusan Malaysia

Laungan ‘Gelombang Biru’ iringi perarakan Ahmad Razif  

AHMAD Razif Abdul Rahman (kiri) bersalam dengan Khazan Che Mat selepas mereka diumumkan sebagai calon yang bertanding di DUN Seberang Takir, Kuala Nerus, hari ini. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Laungan ‘gelombang biru’ mengiringi perarakan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman ke pusat penamaan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, di sini, hari ini.

Penyandang kerusi itu tiba di pekarangan Dewan Sivik Seberang Takir pada pukul 8.45 pagi bersama hampir 1,000 penyokong Barisan Nasional (BN) sebelum memasuki pusat penamaan calon yang dibuka 9 pagi.

Turut menyerahkan borang penamaan calon adalah calon Perikatan Nasional (PN), Khazan Che Mat daripada Parti Pribumi Bersatu (Bersatu).

Kerusi DUN Seberang Takir akan menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Ahmad Razif dan Khazan selepas pencalonan kedua-duanya diterima.

Perkara itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Seberang Takir, Siti Mariam Hamid selepas tempoh penamaan calon tamat tepat jam 10 pagi yang mengesahkan tiada pencalonan ditolak.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2018, Ahmad Razif memenangi kerusi DUN Seberang Takir buat kali ketiga berturut-turut sejak 2008 dan 2013.

Lima tahun lalu, beliau menang dengan majoriti 1,884 undi dalam saingan tiga penjuru mengalahkah calon Pas, Mohd. Fazil Wahab dan Abu Bakar Abdullah daripada Pakatan Harapan (PH). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN