Lambakan udang import: Malaysia amal dasar perdagangan bebas - Utusan Malaysia

Lambakan udang import: Malaysia amal dasar perdagangan bebas

CHAN Foong Hin (tengah) menyerahkan bantuan kepada penerima bantuan projek, insentif dan geran Fama 2023 di Penang Fama Fest 2033 di pekarangan Kompleks Bukit Jambul, Bayan Lepas, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Kerajaan tidak pernah mengamalkan sebarang dasar yang menghalang kemasukan bekalan makanan import termasuk udang import ke negara ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin berkata, ini kerana Malaysia mengamalkan dasar perdagangan bebas dari segi pembekalan makanan di negara ini.

Bagaimanapun, katanya, Jabatan Perikanan serta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bersedia membantu para pengusaha udang yang terlibat dari segi pemasaran udang-udang yang diternak mereka.

“Selama ini, Malaysia mengamalkan dasar perdagangan bebas dari segi pembekalan makanan, dan kita tidak ada halangan untuk sebarang produk bekalan makanan import.

”Dalam isu lambakan udang ini, dari segi bantuan teknikal dan pemasaran Jabatan Perikanan dan LKIM bersedia membantu mereka yang terlibat,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan majlis penutup Penang Fama Fest 2023, di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), Aminuddin Zulkipli.

Foong Hin mengulas mengenai keluhan pengusaha udang berkenaan harga jualan udang tempatan yang turun lebih 40 peratus sejak dua bulan lalu berikutan peningkatan kemasukan udang import.

Pengerusi Persatuan Industri Udang Malaysia, Syed Omar Syed Jafaar berkata, lebih 3,000 syarikat pengusaha udang termasuk di Sabah dan Sarawak terpaksa menanggung kerugian apabila harga jualan udang kurang daripada kos operasi.

Mengulas lanjut, Foong Hin berkata, lambakan udang itu dapat memberikan kelebihan kepada pengguna apabila dapat menikmati udang pada harga berpatutan.

”Isu ini kita kena lihat dalam dua sudut yang mana pengusaha tempatan sukar bersaing dengan pengimport, tetapi pada masa yang sama ,rakyat dapat menikmati udang pada harga berpatutan,” katanya.

Tambah beliau, dalam soal lambakan udang import itu, para pengusaha udang tempatan juga perlu melihat bagaimana untuk memajukan daya saing bagi memastikan udang-udang mereka berjaya dipasarkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya