Laluan keluar ke plaza tol UPM ditutup sementara - Utusan Malaysia

Laluan keluar ke plaza tol UPM ditutup sementara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jalan susur keluar ke plaza tol UPM dari arah Kajang ditutup sementara secara berperingkat untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan penebangan pokok.

PLUS Malaysia Berhad dalam kenyataan hari ini memaklumkan, dalam usaha untuk menyediakan kemudahan yang lebih selamat buat pengguna lebuh raya, jalan susur keluar ke Plaza Tol UPM dari arah Kajang (selatan) di KM304.7 (Arah Utara) di Lebuhraya Utara-Selatan akan ditutup secara berperingkat.

“Penutupan adalah dari 27 Julai hingga 30 Ogos, mulai pukul 10 malam hingga 5 pagi, pada setiap Isnin hingga Jumaat.

“Penutupan ini bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan dan penebangan pokok-pokok menggunakan jentera khas dapat dijalankan dengan selamat sepanjang laluan tersebut.

“Sehubungan itu, pengguna lebuh raya dari arah Kajang yang ingin menuju ke UPM dinasihatkan supaya menggunakan laluan alternatif dengan keluar dari lebuh raya melalui Plaza Tol Kajang dan seterusnya menggunakan Lebuhraya SILK untuk ke UPM.

“Pengguna lebuh raya juga dinasihatkan supaya merancang perjalanan atau mendapatkan maklumat trafik dengan menggunakan Aplikasi PLUS. Pengguna lebuh raya juga boleh menghubungi PLUSLine di 1800-88-0000 sekiranya ingin mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya