Lagu Saixse bawa pengaruh buruk? - Utusan Malaysia

Lagu Saixse bawa pengaruh buruk?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MESTI terngiang-ngiang di telinga dan di minda masing-masing dengan lagu Malam Pagi itu bukan bila Cik Bunga sebut nama Saixse?

Iyalah, penyanyi ini pula sedang tular, popular dengan lagu itu yang tengah ‘In’ sekarang.

Buka saja Tiktok, Instagram atau apa saja platform muzik dan media sosial, lagu itu mesti ada.

Cik Bunga sebenarnya suka bila tengok industri seni kita dirancakkan dengan kehadiran bakat-bakat baharu.

Ada setengahnya memang ada potensi untuk pergi jauh. Dalam masa sama, ada juga pendatang-pendatang baharu yang bagi Cik Bunga tak relevan.

Tak ada bakat tetapi nak jadi artis itu, berlambak juga. Sampaikan kita pun tengok naik semak. Tak tahu hala tuju.

Pun begitu, Saixse ini pula bagi Cik Bunga boleh pergi jauh. Cuma, untuk lagu Malam Pagi ini, kononnya ada yang kata ia bawa pengaruh buruk. Ye ke?

Kalau diperhatikan liriknya, Cik Bunga tak na kan,ada lah juga bahagian yang negatif. Tetapi rasanya tak adalah secara keseluruhan.

Tengok pula Video Muzik (MV), memang ada unsur ‘lagha’ itu. Tetapi, kalau betul-betul dalami, sebenarnya ada inti tersirat yang cuba disampaikan menerusi lagu dan MV itu.

Bagi Cik Bunga, tak usahlah kita cuma nak lihat yang negatif saja sampaikan mesej yang baik kita tak mahu pandang.

Saixse pun baru hendak meneroka bidang seni muzik kita ini, janganlah kita patahkan semangat dia untuk berkarya.

Cik Bunga percaya, kalau kita beri ruang, Saixse ini tidak mustahil boleh jadi macam Joe Flizzow atau penynyi rap lain yang berjaya.

Kalau betul ada yang negatif, kita jangan contohi. Ambil yang positif. Budak-Budak Baru Nak Up (BBNU) ini wajar kita beri ruang dan peluang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya