Lagi cantik daripada zaman anak dara - Utusan Malaysia

Lagi cantik daripada zaman anak dara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Cik Bunga memang puji betul aktres yang seorang ini. Kebelakangan ini, memang tak dinafi kan, menyerlah
benar dia sebagai seorang wanita yang cantik.

Bukanlah bermaksud Cik Bunga nak kata dia tak cantik langsung sebelum ini. Awas ya, jangan nak putar belit kata-kata kita pula.

Maksud Cik Bunga, dia makin jelita sekarang sejak-sejak dah kurus ramping ini. Kalau dilihat, aura Fasha sekarang memang lain macam.

Malah, Cik Bunga pun setuju dengan sesetengah pendapat peminat, Fasha sekarang lebih cantik daripada zaman anak daranya dahulu.

Agaknya, itu sebablah dia pun banyak dapat tawaran jadi duta atau ‘Face Of ’ produk sekarang. Laris
betul, ramai mahukan Fasha. Ada juga Cik Bunga dengar cerita, ada antara syarikat yang bekerjasama
dengannya sanggup bayar mahallah demi mendapatkan Fasha.

Ini memang orang kata rezeki terpijak. Siapa kata kalau usia dah nak masuk 40-an ini tak layak jadi duta? Fasha membuktikan dia mampu kekal menjadi pilihan orang industri dan juga syarikat-syarikat usahawan.

Tetapi, betul ke ada yang dakwa Fasha kurus langsing sebab buat pembedahan bariartrik? Tak eloklah main fitnah ya. Tak silap Cik Bunga, Fasha pun dah pernah jelaskan. Dia tak buat perkara itu. Ish… tak baik main tuduh-tuduh tau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya