Kredit e-tunai RM100 kepada golongan berpendapatan RM100,000 setahun ke bawah - Utusan Malaysia

Kredit e-tunai RM100 kepada golongan berpendapatan RM100,000 setahun ke bawah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk menawarkan kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada semua golongan dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bilangan penerima yang layak dianggarkan melebihi 10 juta rakyat iaitu merangkumi golongan B40 dan M40 dengan dana sekitar RM1 bilion.

“Melihat akan kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat, Kerajaan bersetuju untuk menawarkan kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Pelancaran Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat di Suruhanjaya Sekuriti, Bukit Kiara di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN