KPM salur RM670,000 kepada 4 sekolah di Pulau Pinang - Utusan Malaysia

KPM salur RM670,000 kepada 4 sekolah di Pulau Pinang

LIM Hui Ying berinteraksi bersama pelajar ketika melawat SJKC Pai Teik, di Butterworth, Pulau Pinang hari ini. - Pix: SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BUTTERWORTH: Kementerian Pendidikan (KPM) memperuntukkan sebanyak RM670,000 bagi tujuan penyelenggaraan fasiliti dan infrastruktur empat sekolah di negeri ini.

Timbalan Menterinya, Lim Hui Ying berkata, empat sekolah tersebut adalah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chong Kuang; SJKC Kampung Jawi, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SKJT) Nibong Tebal dan SJKC Pai Teik.

Katanya, peruntukan yang disalurkan akan digunakan untuk menaik taraf tandas, bumbung dan kemudahan lain di sekolah.

“Seperti yang kita ambil maklum, kebanyakan tandas di sekolah mengalami banyak kerosakan dan perlu diperbaiki segera untuk keselesaan pelajar dan guru-guru.

“Kita percaya pendidikan akan mencapai tahap baharu dengan mewujudkan persekitaran pembelajaran dan pertumbuhan yang lebih baik untuk setiap guru dan pelajar.

“Justeru, kebajikan serta persekitaran pembelajaran yang selesa serta kondusif menjadi keutamaan untuk meningkatkan kualiti pendidikan,” katanya ketika ditemui pemberita di SJKC Pai Teik, di sini hari ini.

Terdahulu, beliau meluangkan masa melawat keempat-empat sekolah terbabit dalam lawatan kerja dua hari di negeri ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sebanyak 74 daripada 81 SJKC di bawah Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) di Pulau Pinang telah memohon peruntukan penyelenggaraan untuk tahun ini.

“Saya akan pastikan kesemua sekolah terbabit akan mendapat sekurang-kurangnya RM50,000 bagi tujuan tersebut,” katanya.

Semalam, beliau turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM500,000 untuk naik taraf fasiliti Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bagan Jaya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya