Kos PRN 6 negeri RM420 juta

Kos PRN 6 negeri RM420 juta

ABDUL Ghani Salleh ketika sidang akhbar berkaitan PRN, di Menara SPR, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memerlukan peruntukan sebanyak RM420 juta bagi pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri terlibat yang ditetapkan pada 12 Ogos ini bagi tarikh mengundi.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, ia melibatkan sebanyak 3,450 pusat mengundi dengan 17,425 saluran mengundi diguna pakai bagi proses pengundian di 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, 45 kerusi DUN Kelantan, 32 kerusi DUN Terengganu, 40 kerusi DUN Pualu Pinang, 56 kerusi DUN Selangor dan 36 kerusi DUN Negeri Sembilan.

Menurut beliau, seramai 153,760 orang petugas dilantik bagi mengendalikan proses PRU DUN Ke-15 itu, selain 245 Pegawai Pengurus Pilihan Raya dibantu 740 Penolong Pegawai Pengurus.

“Manakala bagi memantau aktiviti kempen pilihan raya sepanjang tempoh rasmi berkempen, SPR menubuhkan 252 Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) yang turut dianggotai wakil daripada polis, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan wakil calon bertanding.

“Sebanyak 173 pusat penamaan calon (PPC) dan 186 Pusat Penjumlahan Rasmi Undi (PPRU) akan digunakan,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat khas di sini hari ini.

SPR menetapkan hari mengundi pada 12 Ogos ini, manakala hari penamaan calon pada 29 Julai dan hari pengundian awal pada 8 Ogos melibatkan seramai 9,773,571 orang pemilih mengikut Daftar Pemilih Tambahan Bulan April Tahun 2023 yang dikemas kini sehingga 21 Jun lalu.

Abdul Ghani berkata, jumlah pemilih itu meliputi 9,674,456 pengundi biasa, 49,660 tentera dan pasangan, 47,728 polis serta pasangan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA) dan 1,727 orang pengundi Tidak Hadir Luar Negara.

“Tempoh berkempen ditetapkan 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 29 Julai (Sabtu) sehingga 11.59 malam, 11 Ogos (Jumaat),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya