KKD pantau kandungan TikTok berbaur ugutan - Utusan Malaysia

KKD pantau kandungan TikTok berbaur ugutan

TikTok
AHMAD Fahmi Mohamed Fadzil mengangkat Jalur Gemilang bersama tetamu pada Majlis Penyampaian Watikah Penubuhan Rasmi Komuniti Madani di UiTM Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) memandang serius penularan video berbaur ugutan yang memaparkan gambar pemimpin politik dan senjata dalam aplikasi TikTok mutakhir ini.

Menterinya, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata, kandungan tersebut membimbangkan, tindakan diambil oleh pentadbiran aplikasi penstriman video sosial itu yang menurunkan hantaran berkenaan.

“Alhamdulillah kandungan tersebut diturunkan oleh pihak Tik Tok sendiri dan ia agak merisaukan dan memberi bayangan seolah-olah ada tindakan yang kita boleh anggap sebagai cubaan mengugut.

“Dengan meletakkan gambar seorang ahli politik, beberapa gambar di atas peranti dan keliling meja ada beberapa orang yang tegap badannya dan di sudut meja itu terdapat kapak dan keris,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaian Watikah Penubuhan Rasmi Komuniti Madani Negeri Selangor Bagi Zon Tengah, hari ini.

Beliau menambah, tanpa merujuk secara khusus identiti pemimpin politik berkenaan, kandungan video itu dianggap sangat tidak sihat dan menyifatkan tindakan diambil oleh pentadbir aplikasi tersebut sebagai tepat.

“Situasi yang kita hadapi kandungan di TikTok tiada tanda pagar ataupun tag yang mudah dicari (untuk rujukan). Perlu ada sistem yang berbeza buat pemantauan dan pengesahan tag tersebut,” ujarnya.

Tambahnya lagi, sehubungan itu, KKD akan mengadakan pertemuan dengan Polis Diraja Malaysia bersama agensi berkaitan untuk membincangkan perkara tersebut bagi memastikan penyebaran kandungan sedemikian dapat dipantau dan dihalang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya