Kim Jin Hwan batal datang Malaysia, sertai tentera

Kim Jin Hwan batal datang Malaysia, sertai tentera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi K-pop, Jin-hwan mengumumkan bakal menyertai perkhidmatan wajib ketenteraan pada 20 Julai depan, sekali gus menghampakan harapan peminatnya di negara ini.

Jin Hwan sepatutnya dijadualkan menyertai konsert 2023 iKON World Tour Take Off in Kuala Lumpur yang akan berlangsung 22 Julai depan, iaitu dua hari selepas penyanyi itu mendaftarkan diri sebagai tentera.

“Saya menulis mesej ini untuk memberitahu akan menyertai tentera pada 20 Julai depan.

“Saya berasa kesal kerana banyak perkara belum berkesempatan untuk dikongsikan kepada anda.

“Saya akan bersungguh-sungguh melaksanakan tugas dan kembali dengan cepat. Terima kasih kerana sentiasa menceriakan hidup saya. Sayang awak semua!” tulisnya dalam Instagram.

Susulan kenyataan itu, rata-rata peminat di negara ini meluahkan kesedihan dalam media sosial kerana tidak dapat menyaksikan persembahan Jin Hwan semasa konsert nanti.

Jin Hwan yang berasal dari Jeju, Korea Selatan merupakan vokalis dan penari utama utama kumpulan K-pop lelaki, iKON.

Korea Selatan mewajibkan semua lelaki berusia antara 18 hingga 28 tahun berkhidmat dalam tentera selama 20 bulan.

Konsert iKON bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, bermula pukul 8 malam. Harga tiket dijual bermula dari RM198 hingga RM1088.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya