Kesihatan Abdul Hadi merosot, terima rawatan di hospital - Utusan Malaysia

Kesihatan Abdul Hadi merosot, terima rawatan di hospital

ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU:  Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang kini berada di sebuah hospital  di sini untuk menerima rawatan dan pemantauan setelah tahap kesihatannya sedikit merosot, baru-baru ini.

Perkara itu disahkan oleh anaknya, Muhammad Khalil ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, sebentar tadi.

Menurutnya, keadaan Abdul Hadi sudah stabil dan ditahan di wad untuk mendapatkan rehat yang secukupnya dengan pemantauan doktor.

Muhammad Khalil yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk juga mengharapkan orang ramai agar mendoakan kesihatan ayahnya pulih seperti biasa.

“Mohon doa dan solat hajat khusus untuk kesembuhan Ayahanda Tuan Guru (Abdul Hadi). 

“Kesihatan Ayahanda sedikit merosot sebelum Aidiladha, dan kini sedang menerima rawatan dan pemantauan lanjut oleh pihak doktor di hospital,” katanya.

Mengulas lanjut, Muhammad Khalil memberitahu kehadiran ayahnya ketika majlis pelancaran jentera pilihanraya Dewan Pemuda Pas Negeri (DPPN) Terengganu pada Selasa lalu sebenarnya dalam keadaan yang uzur. 

“Kehadiran Ayahanda ke pelancaran jentera pilihan raya DPPN Terengganu tempoh hari sudah pun dalam keadaan keuzuran, namun tetap digagahkan dirinya.

“Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan dan kesejahteraan kepada ayahanda Tuan Guru, berkat doa yang dipanjatkan oleh kita semua,” katanya.

Semalam, Muhammad Khalil menggantikan Abdul Hadi untuk memberi kuliah mingguan pagi di Masjid Rusila, Marang. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya