Kesihatan Abdul Hadi merosot, dirawat di hospital - Utusan Malaysia

Kesihatan Abdul Hadi merosot, dirawat di hospital

ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kesihatan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi dilaporkan sedikit merosot dan kini sedang menerima rawatan dan pemantauan lanjut oleh pihak doktor di hospital.

Perkhabaran itu dikongsikan anaknya, Muhammad Khalil menerusi perkongsian di Facebook pagi ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk itu juga memohon orang ramai mengadakan solat hajat khusus dan mendoakan kesembuhan buat Ahli Parlimen Marang itu.

“Malah kehadiran ayahanda ke pelancaran jentera pilihan raya DPPN Terengganu tempoh hari sudah pun dalam keadaan keuzuran, namun tetap digagahkan dirinya.

“Semoga Allah mengurniakan kesihatan dan kesejahteraan kepada ayahanda Tuan Guru, berkat doa yang dipanjatkan oleh kita semua,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya