Kesedaran KKP majikan masih rendah

Kesedaran KKP majikan masih rendah

V. Sivakumar berbual dengan peserta yang mengikuti kursus anjuran NIOSH di Pejabat NIOSH Wilayah Utara di Alor Setar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kesedaran dalam kalangan majikan untuk menghantar pekerja ke pusat latihan berkaitan keselamatan dan kesihatan (KKP) masih rendah di negara ini.

Menurut Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar, kementerian melalui Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) mempertingkatkan operasi termasuk penubuhan pejabat baharu di sini sejak April lepas.

“Tahap kesedaran itu masih rendah lagi sebab itu saya kata ini tak semestinya dibuat oleh majikan-majikan yang beroperasi dalam sektor-sektor yang bahaya seperti di sektor pembinaan.

“Tetapi ia terbuka kepada semua walaupun kita lihat di sektor kurang bahaya tetapi isu berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan ini penting. Jadi saya menyeru kepada majikan-majikan, beri perhatian kepada perkara ini, “ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pejabat NIOSH Wilayah Utara di Souq Al-Bukhary di sini hari ini.

Beliau menambah, kemahiran pekerja berkaitan KKP penting demi keselamatan masing-masing bukan sahaja di sektor berisiko seperti pembinaan dan carigali.

“Sijil di NIOSH ini umpama pasport kalau tak ada pasport tak boleh masuk negara lain,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya