Kes kemalangan maut di Lebuhraya Pan Borneo membimbangkan

Kes kemalangan maut di Lebuhraya Pan Borneo membimbangkan – Fadillah

FADILLAH Yusof (dua dari kanan) merasmikan Program Jelajah Advokasi Keselamatan Pan Borneo Sarawak di Dewan Baitulmal, Kompleks Islam Sarawak, Kuching hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Sebanyak 355 kemalangan maut dicatatkan sepanjang Lebuhraya Pan Borneo dari Januari hingga Jun tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata jumlah yang dicatatkan itu amat membimbangkan kerana ia melibatkan kehilangan nyawa.

Tegasnya kemalangan melibatkan kehilangan nyawa bukan sahaja memberi kesan kepada ahli keluarga, tetapi juga mewakili kerugian besar kepada negara.

“Oleh itu, program kesedaran seperti Program Jerayawara Advokasi Keselamatan Pan Borneo Sarawak amat penting kerana ia penting dalam memberi pendedahan dan pengetahuan kepada orang ramai berhubung penggunaan lebuh raya ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas hadir merasmikan Program Jelajah Advokasi Keselamatan Pan Borneo Sarawak di Dewan Baitulmal, Kompleks Islam Sarawak hari ini.

Fadillah pada masa yang sama turut mendedahkan kemalangan yang berlaku berpunca daripada pelbagai faktor termasuk ketidakbiasaan orang ramai terhadap keadaan jalan baharu memandangkan Lebuhraya Pan Borneo merupakan yang pertama di Sarawak.

“Jika kita lihat, empat lorong dan dua lebuhraya ini masih baharu kepada masyarakat. Penggunaan simpang P-turn dan bukannya pusingan U yang biasa juga menambahkan lagi ketidakbiasaan pengguna lebuh raya terbabit.

“Lebuh raya dibina dengan tujuan pemanduan yang lancar, malangnya ini menyebabkan sesetengah pemandu mempunyai kecenderungan untuk memandu laju dan melebihi had laju sekali gus menyumbang kepada risiko kemalangan,” katanya.

Justeru itu , Fadillah berharap program advokasi tersebut dapat membantu mengelak kemalangan seperti itu daripada berlaku pada masa hadapan.

“Semua orang perlu didedahkan dengan maklumat ini supaya kita secara kolektif dapat mengelak jumlah kemalangan yang tinggi,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya