Kerjasama PH-BN di Kelantan makin kukuh

Kerjasama PH-BN di Kelantan makin kukuh

NIK Nazmi Nik Ahmad semasa mengadakan Lawatan Kerja ke Projek Membina dan Menaiktaraf Sistem Saliran Bagi Mengatasi Masalah Banjir Di Taman Wadi Iman, Kok lanas, Kota Bharu, Kelantan hari ini. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di negeri ini semakin kukuh menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Kelantan dan Terengganu, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kerjasama itu dapat dilihat sewaktu lawatan beliau ke Kuala Krai semalam.

“Ketua-ketua bahagian BN termasuk daripada MIC bersama jentera masing-masing turut turun untuk bersama dengan jentera Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (Amanah) dan juga DAP.

“Kita tahu kerjasama antara semua parti komponen PH dan BN penting untuk memberi saingan kepada kerajaan Pas di Kelantan. Jadi tidak ada sebarang krisis dalam kerjasama ini sebagaimana digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak,” katanya dalam sidang akhbar selepas Lawatan Kerja Ke Projek Menaiktaraf Sistem Saliran di Taman Wadi Iman, Ketereh, di sini, hari ini.

Ahli Parlimen Setiawangsa itu yang juga Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim berkata, untuk PRN kali ini pihaknya sudah merangka pelbagai strategi bagi memastikan PH dan BN menang termasuk akan turun bertemu rakyat untuk mendengar pandangan mereka.

Menurutnya, pendekatan itu sekali gus membolehkan PH mendekati pengundi muda termasuk golongan perantau kerana segmen itu membabitkan jumlah yang ramai dan bakal menjadi faktor penting dalam PRN nanti. 

“Mereka banyak memihak kepada Pas sebelum ini namun ia mungkin berubah kali ini berdasarkan beberapa isu yang memihak dan memberi kelebihan kepada kita sekali gus membolehkan PH-BN menjadi satu saingan kepada Pas di negeri ini,” katanya.

Dalam pada itu, Nik Nazmi yang juga Naib Presiden PKR turut menegaskan pegangan PH terhadap agenda reformasi tidak pernah berubah termasuk memberikan peranan besar kepada pembangkang dalam jawatankuasa khas termasuk Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

“Kita teruskan apa yang pernah kita laksanakan sewaktu pemerintahan PH pada 2018 dahulu. Kita juga meneruskan agenda reformasi lain termasuk subsidi bersasar demi kepentingan rakyat,” ujarnya. –  UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya