Kerajaan serius tambah baik ekosistem pelaburan negara - Utusan Malaysia

Kerajaan serius tambah baik ekosistem pelaburan negara

ANWAR Ibrahim ketika mengadakan pertemuan bersama pemegang taruh Pas Pelabur Strategik dan Pekerja Nomad Digital dalam sektor pembuatan di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pas Pelabur Strategik dan Pekerja Nomad Digital dalam sektor pembuatan bertujuan untuk menyemarakkan kemasukan pelaburan berkualiti dan mobiliti profesional digital dalam negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan serius untuk terus menambah baik dan memperkasa ekosistem serta landskap pelaburan negara bagi mengekal dan menggalakkan lagi pelaburan langsung asing seperti yang ditekankan sebelum ini.

“Semoga ekonomi Malaysia terus makmur dan mapan,” katanya dalam hantaran Facebook beliau.

Terdahulu, Anwar hadir menyampaikan Pas Pelabur Strategik dan Pekerja Nomad Digital dalam sektor pembuatan di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya semalam yang turut dihadiri Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Beliau kemudian merakamkan ucapan terima kasih kepada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri; Kementerian Dalam Negeri; Kementerian Sumber Manusia; Kementerian Komunikasi dan Digital; Jabatan Imigresen Malaysia; Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA); Talent Corporation dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dalam koordinasi merintis usaha itu.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan hasrat untuk memperluas skop Pas Lawatan Profesional Nomad Digital untuk merangkumi kemahiran berkaitan pembuatan.

Pas itu membolehkan profesional yang layak seperti pereka elektrik dan elektronik (E&E) serta litar bersepadu (IC) berpeluang berpindah ke Malaysia dan bekerja secara bebas sehingga dua tahun.

Tindakan tersebut kemudian disifatkan oleh penganalisis ekonomi dapat melonjakkan daya tarikan Malaysia dalam kalangan pelabur asing. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya