Kerajaan negeri bantu promosi Rendang Tok Yoep

Kerajaan negeri bantu promosi Rendang Tok Yoep

NORA Ashah Ibrahim (kiri) dan Ahmad Rosly Abdul Aziz menunjukkan antara produk Rendang Tok Yoep di kilang masakan di Talang, Kuala Kangsar. – UTUSAN/FADZIL ZAINOL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR: Berbekalkan ilmu masakan turun-temurun serta gigih menerokai selera moden, telah menjadi ramuan terbaik buat pasangan suami isteri Nora Ashah Ibrahim dan Ahmad Rosly Abdul Aziz untuk menjayakan jenama Rendang Tok Yoep.

Lebih menggamit nilai tradisional, teknik masakan rendang yang terletak di Kuala Kangsar itu adalah menggunakan kayu api.

Menurut Nora Ashah, sejak 10 tahun lepas kedua mereka mencari kaedah terbaik bagi menghasilkan rendang yang digemari ramai termasuk meminta rakan-rakan merasai masakan untuk mendapat maklum balas.

Katanya, sehingga hari ini beliau dan suami sentiasa meneliti setiap komen atau pujian terhadap Rendang Tok Yoep.

“Rakan-rakan dan penduduk sekitar sangat membantu perkembangan jenama masakan. Kata-kata mereka diambil serius. Mahu rendang ini benar-benar sedap serta memenuhi selera masyarakat,” katanya.

Beliau yang popular dengan panggilan Kak Cik berkata, sebelum berkembang jenama Rendang Tok Yoep, dirinya bersama suami membuat dan memasarkan kuih kerepek tradi­sional serta cuba dipasarkan di merata tempat.

Ditanya mengenai teknik masakan menggunakan kayu api, dia berkata, mereka memilih kaedah tersebut kerana mahu mengekalkan kaedah memasak secara tradisional.

“Macam orang dahulu nenek moyang kami yang meneruskan tradisi. Paling penting ialah mengekalkan aroma kayu semulajadi yang menjadikan rendang sedap dan ada keunikan tersendiri,” katanya yang mempunyai 10 orang tenaga kerja.

Kedua-dua pasangan sedang mempelbagaikan produk termasuk terkini ialah pau dengan pelbagai perisa.

Mereka juga da­lam perancangan mewujudkan restoran di tepi Jalan Tai­ping, kawasan Talang menuju ke pekan Kuala Kangsar.

Katanya, rancangan itu adalah bagi menyediakan peluang kepada pengunjung untuk melihat sendiri masakan serta makan di situ.

“Kami menerima banyak permintaan. Termasuk daripada kumpulan konvoi serta rombangan yang lalu dan singgah di Kuala Kangsar. Mereka mahu makan di sini,” katanya yang menjangkakan restoran itu boleh beroperasi pada Ogos ini.

Dalam pada itu, Nora Ashah dan Ahmad Rosly melihat perkembangan jenama rendang yang diusahakan mereka turut dibantu dengan sokongan kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Katanya, kerajaan negeri banyak membantu perniagaan Rendang Tok Yoep dari segi promosi terutama untuk menembusi pasaran di luar Perak.

“Kerajaan negeri kerap membawa kami menyertai program atau pameran di luar Perak. Jika tiada peluang sebegitu, mungkin pasaran kami agak terhad. Kami amat berterima kasih kepada kerajaan negeri,” kata Nora Ashah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya