Kerajaan gagal fokus isu kos sara hidup, hanya usaha sembunyikan ‘wajah’ DAP

Kerajaan gagal fokus isu kos sara hidup, hanya usaha sembunyikan ‘wajah’ DAP

ANWAR Ibrahim dan Ahmad Zahid menghadiri program Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Selangor yang berlangsung di Laman Niaga Bandar Baru Bangi.- UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan dilihat masih gagal memberi penerangan sewajarnya mengenai isu membabitkan kebajikan rakyat terutama melibatkan kos sara hidup.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, sedangkan isu berkepentingan rakyat merupakan isu sebenar yang perlu difokuskan terlebih dahulu berbanding isu lain termasuk serangan kepada pihak pembangkang.

Katanya, isu berkaitan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bersasar dan penyelesaian masalah harga barang dan juga kadar Dasar Semalaman (OPR) yang dijangka meningkat selepas Pilihan Raya Negeri (PRN_ seolah tiada penyelesaian dan hala tuju.

“Dalam ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, sekali lagi mereka terus gagal mengangkat penyelesaian masalah kos sara hidup rakyat yang kian parah.

“Anwar juga sudah lupa ‘zikir harian’ yang dia selalu sebut iaitu “Saya ulang! Hari ini saya menang, esok turun harga minyak’. Sudah terlupa nak ulangkah?’” soalnya dalam kenyataan, hari ini.

Jelas Wan Saiful lagi, kerajaan dilihat hanya bertindak untuk menyembunyikan ‘wajah’ DAP yang kini menguasai bilangan kerusi terbanyak dalam Kerajaan Persekutuan.

“Paling penting, saya melihat Anwar dan Zahid cuba menyembunyikan DAP dari tatapan rakyat Selangor dalam program pada malam itu. Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan merangkap Pengerusi DAP Selangor, Gobind Singh, diletak duduk jauh di hujung.

“Akibatnya dia sentiasa berada di luar capaian lensa kamera dan video. Berucap pun hanya empat minit sahaja,” katanya.

Jelas sekali, katanya, Anwar-Zahid mahu menyembunyikan hakikat bahawa parti aliran kiri bernama DAP itu adalah parti terbesar dalam Kerajaan Persekutuan dan juga parti besar dalam kerajaan Selangor,” ujarnya.

Wan Saiful dalam masa sama mengingatkan pengundi di mana setiap satu undi PH-UMNO dalam PRN nanti ialah undi untuk DAP, sekali gus  mendakwa parti itu akan kembali menguasai dengan bilangan lebih banyak berbanding parti lain.

“Sebab itu saya tidak pelik jika strategi UMNO dan PH ialah menyembunyikan DAP agar mereka dapat ‘mewajahkan’ gabungan mereka dengan gambaran mengelirukan,” katanya lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya