Keputusan Muda bertanding solo merugikan  - Utusan Malaysia

Keputusan Muda bertanding solo merugikan 

AHMAD Razif  Abdul Rahman (kanan) bertanyakan sesuatu kepada seorang pesakit yang melakukan rawatan pada Program Semarak Siswa Madani Saringan Kesihatan Percuma Bersama Masyarakat di Pejabat DUN Seberang Takir, Kuala Nerus, hari ini. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) perlu bersama Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada 12 Ogos ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, berkata, keputusan Muda bertanding solo dalam PRN hanya akan merugikan semua pihak.

Menurut beliau, situasi berkenaan tidak sepatutnya berlaku walaupun parti tersebut pernah bersama Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang lalu.

“Dalam soal ini kita perlu lihat adakah Muda benar-benar mahu bertanding (PRN) atau mencari publisiti, ataupun cubaan meraih simpati kononnya suara orang muda dipinggirkan.

“Mungkin pilihan dibuat ini kerana Muda tidak berpuas hati tiada dalam kabinet dan seolah-olah ada agenda termasuk desakan pihak tertentu. Jika benar, amat malang sekali.

“Sementara ada masa, saya nasihatkan MUDA kembali ke ‘pangkal jalan’ iaitu bekerjasama dengan Kerajaan Madani Barisan Nasional (BN) dan PH,” katanya.

Beliau berkata demikian ditemui selepas Program Semarak Siswa Madani Saringan Kesihatan Percuma Bersama Masyarakat di pekarangan Pejabat DUN Seberang Takir, di sini, hari ini.

Ahmad Razif yang juga bekas Menteri Besar berkata, keputusan Muda bertanding secara solo  merugikan negara apabila suara anak muda tidak dapat dibawa untuk dijadikan sebagai antara polisi kerajaan.

Muda sebelum ini mengesahkan akan bertanding secara solo dalam PRN di enam negeri iaitu Terengganu, Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Kedah.

Malah nama calon turut mula diperkenalkan di beberapa DUN termasuk di Terengganu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya