Keputusan DAP dapat tamatkan segala spekulasi - Kon Yeow - Utusan Malaysia

Keputusan DAP dapat tamatkan segala spekulasi – Kon Yeow

CHOW Kon Yeow (tengah) ketika meninjau pejabat Commerz Trade Services Sdn. Bhd. (CTS) di GBS @ Mayang, di Bayan Baru, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Ketua Menteri, Chow Kon Yeow yakin keputusan kepimpinan DAP yang menamakan beliau semula sebagai calon Ketua Menteri Pulau Pinang bagi penggal kedua pada Pilihan Raya Negeri (PRN) dapat menamatkan segala spekulasi dan desas desus yang timbul berkaitan isu berkenaan.

Kon Yeow yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) negeri berkata, dengan tamatnya spekulasi itu, seluruh jentera parti kini dapat memberikan sepenuh fokus dan bersatu tenaga untuk menghadapi PRN nanti.

”Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada parti kerana telah membuat keputusan ini ekoran daripada pelbagai desas-desus, keputusan yang lebih awal ini dapat menghentikan segala spekulasi tenang isu ini.

”Dengan terhentinya spekulasi seluruh jentera dapat memberi fokus, menggembleng tenaga serta bersatu bagi menghadapi PRN, bukannya dilemahkan semangat perjuangan dengan ketidaktentuan yang terhasil kerana desas-desus sedemikian,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri pembukaan rasmi Commerz Trade Services Sdn. Bhd. (CTS) di GBS @ Mayang, di Bayan Baru, di sini hari ini.

Semalam, DAP bersetuju menamakan Kon Yeow sebagai calon Ketua Menteri Pulau Pinang bagi penggal kedua pada PRN yang akan berlangsung bulan depan.

CHOW KON YEOW

Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook dalam satu kenyataan berkata, keputusan menamakan Kon Yeow sebagai calon Ketua Menteri Pulau Pinang itu dibuat Jawatankuasa Pemilihan Calon DAP.

Menurut Kon Yeow, walaupun pelbagai desas-desus berlaku mengenai siapa calon Ketua Menteri Pulau Pinang, beliau berasa tenang dan lapang sepanjang dua minggu ini.

”Cabaran seterusnya kini adalah untuk menghadapi PRN dan saya berharap dapat memimpin gabungan PH-BN dalam PRN ini untuk menyakinkan rakyat bahawa kita adalah kerajaan yang prorakyat, properpaduan serta propembangunan dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Tambahnya, beliau berharap semua jentera parti dapat bersatu dan menerima keputusan pimpinan DAP itu memandangkan keputusan tersebut juga disokong Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

”Ini merupakan satu mesej jelas bahawa apa yang berlaku pun sekarang, jentera PRN dipimpin oleh saya selaku Pengerusi PH Pulau Pinang,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai pembaharuan besar dalam barisan Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang mewakili DAP, Kon Yeow berkata, perkara tersebut akan diputuskan selepas parti itu menang dalam PRN.

”Kita belum menang lagi, maksud beliau (Anthony Loke) mungkin lihat dari segi pencalonan calon dahulu untuk menggariskan senarai calon yang memenuhi aspirasi pimpinan Pusat,” katanya.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya