Kepentingan sekuriti makanan negara - Pemangku Raja Perlis - Utusan Malaysia

Kepentingan sekuriti makanan negara – Pemangku Raja Perlis

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyampaikan sumbangan berjumlah RM5,000 kepada Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Medan, Indonesia baru-baru ini.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa isu kekurangan bekalan memerlukan kepentingan melaksanakan sekuriti makanan negara.

Titah baginda, antara tunggak bagi sekuriti makanan adalah ketersediaan makanan iaitu ketersediaan kuantiti makanan yang mencukupi dan berkualiti yang dibekalkan melalui pengeluaran domestik atau import.

“Kedua, akses makanan iaitu akses kepada sumber makanan yang mencukupi oleh individu. Ketiga pula penggunaan iaitu penggunaan ke atas makanan yang lengkap adalah secara berterusan dan mudah diperolehi serta mempunyai sumber air yang bersih.

“Selain daripada itu, keempat iaitu kestabilan iaitu untuk memastikan sekuriti makanan, individu atau isi rumah mempunyai akses untuk makanan pada sepanjang masa,” titah baginda selepas berkenan menyampaikan sumbangan
berjumlah RM5,000 kepada Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Medan, Indonesia baru-baru ini.

Sumbangan berkenaan adalah untuk tujuan Tabung Ibnu Sabil bagi kegunaan rakyat Malaysia yang dalam kesusahan di Sumatera Utara untuk diamanahkan melalui budi bicara pihak pejabat konsulat itu.

Turut berangkat, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil bersama-sama anakanda-anakanda baginda berdua, Sharifah Khatreena Nuraniah, Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya