Kementerian Pengangkutan siasat syarikat urus NTL Jabatan Imigresen

Kementerian Pengangkutan siasat syarikat urus NTL Jabatan Imigresen

ANTHONY LOKE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan sedang menyiasat syarikat swasta yang bertanggungjawab mengeluarkan Notis Penolakan Masuk (NTL) Jabatan Imigresen (JIM) kepada pengembara asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). 

Menterinya, Anthony Loke berkata, wakil daripada kementerian dan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) sudah mengadakan perbincangan dengan Jawatankuasa Pengendali Syarikat Penerbangan (AOC) serta syarikat dilantik.

“(Perbincangan itu sebab) kami perlu mengetahui daripada AOC tempoh kontrak dan terma yang mereka ada dengan syarikat swasta ini.  Tindakan hanya akan diambil setelah kami menerima semua butiran,” kepada pemberita selepas merasmikan program Nature Positive Infrastructure di sebuah hotel, di sini hari ini.

Menurut Anthony, Kementerian Pengangkutan tidak boleh mengambil tindakan memandangkan syarikat terbabit bukan lantikan daripada kementerian, tetapi dilantik AOC. 

“Jadi kita perlu mendapatkan maklumat lebih terperinci. Syarikat itu tidak beroperasi secara haram,” katanya. 

Jelas beliau, syarikat terbabit mempunyai perjanjian dengan operator penerbangan dan mendapat kelulusan Imigresen sejak 2015. 

“Kita mahu meneliti kaedah prosedur operasi standard (SOP) dan amalan mereka berbanding operasi lapangan terbang lain seperti di KLIA2 yang dikendali sendiri JIM kerana hanya KLIA mempunyai syarikat swasta ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya