Kematian kanak-kanak di HTAR, polis ambil 19 keterangan - Utusan Malaysia

Kematian kanak-kanak di HTAR, polis ambil 19 keterangan

Curi minyak
HUSSEIN OMAR KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sebanyak 19 keterangan direkodkan polis bagi membantu siasatan kematian seorang kanak-kanak dekat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang di sini, yang dikenali sebagai Dea Maisarah Bada pada awal bulan ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, selain ibu bapa, pengambilan keterangan itu melibatkan doktor terlibat, jiran dan pihak sekolah mangsa serta saksi polis yang berada di pondok hospital berkenaan.

“Polis juga sedang mendapatkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di kawasan kejadian bagi tujuan penelitian lanjut. Kita sedang menunggu laporan penuh forensik mengenai kematian kanak-kanak itu. 

“Kertas siasatan mengenai kes itu akan dilengkapkan dalam masa terdekat,” katanya pada sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen Selangor, hari ini.

Beliau menambah, bagaimanapun dakwaan berkenaan kecuaian termasuk pada sijil kematian mangsa yang berstatus ‘meninggal dunia ketika dibawa ke hospital atau BID’ masih dalam siasatan polis.

“Setakat ini, kita belum dapat memberikan sebarang komen berkaitan di pihak mana ada kecuaian kerana benda ini masih disiasat polis,” ujarnya. 

Terdahulu, polis Selangor dilapor memulakan siasatan berhubung kematian Dea Maisarah Bada selepas menerima laporan yang masing-masing dibuat pihak hospital dan bapa kepada kanak-kanak berusia 10 tahun tersebut.

Kes kematian kanak-kanak itu tular di media sosial termasuk dakwaan kanak-kanak terbabit lewat diberi rawatan sehingga terpaksa menunggu lebih 40 minit dalam keadaan sesak nafas.

Turut tular adalah surat kematian seorang kanak-kanak itu yang dikatakan mati ketika dibawa ke HTAR walaupun mangsa sempat menerima rawatan di hospital berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya