Kekurangan diri bukan penghalang Nurul Izzah 

Kekurangan diri bukan penghalang Nurul Izzah jadi tukang jahit

NURUL Izzah Mohammad mengambil ukuran badan Anwar Ibrahim untuk tempahan baju Melayu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Status orang kurang upaya (OKU) bukan penghalang seorang wanita bernama Nurul Izzah Mohammad untuk menjadi tukang jahit yang berjaya.

Menurut Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, secara kebetulan beliau juga mempunyai persamaan nama dengan wanita berusia 24 tahun itu dan menyifatkan usahanya sebagai satu kebanggaan.

Jelasnya, walaupun kurang upaya, ia tidak pernah menghalang Nurul Izzah untuk menjadi inspirasi ramai di sebalik cakap-cakap yang meragui kemampuannya.

“Dia mengejar impiannya untuk menjadi tukang jahit dan selepas tingkatan lima, dia menghadiri program TVET di mana dia belajar menjahit. Nurul tidak membiarkan kecacatannya menghalangnya dan dalam apa jua keadaan, dia tetap fokus dan telah mencapai impiannya.

“Sesungguhnya perjalanan seorang yang kurang upaya bukanlah suatu yang mudah,” kata Nurul Izzah dalam kenyataan hari ini.

Nurul Izzah memaklumkan, beliau telah minta individu istimewa itu menyiapkan sepasang baju Melayu untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan baju kurung untuk dirinya.

“Jahitannya cantik, kemas dan paling penting, padan sangat. Nurul benar-benar kebanggaan besar Pulau Pinang,” tambah Nurul Izzah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya