Kejadian tanah mendap: Laluan KL-Kuantan, KL-Gua Musang dilencongkan - Utusan Malaysia

Kejadian tanah mendap: Laluan KL-Kuantan, KL-Gua Musang dilencongkan

KEJADIAN mendapan tanah di KM66.1 Lebuh Raya Kuala Lumpur arah timur dan barat (Bentong) yang menghalang lorong kiri dan kanan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: ANIH Bhd., pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), mengesahkan penutupan sebahagian lebuh raya di kedua-dua arah diseabbkan kejadian tanah mendap (sinkhole) berhampiran Plaza Tol Bentong di KM66.2.

Menurut kenyataan ANIH Bhd., semua pengguna yang ingin ke Kuala Lumpur dari Kuantan, diarahkan keluar di persimpangan Bentong Timur dan masuk semula di persimpangan Bentong Barat.

Jelasnya, pengguna dari Kuala Lumpur yang ingin ke Kuantan akan dilencongkan ke persimpangan Central Spine Road (CSR).

“Kenderaan yang menggunakan CSR dari Pantai Timur boleh meneruskan perjalana ke Kuala Lumpur.

“Namun begitu pengguna dari Kuala Lumpur yang bertujuan ke Gua Musang perlu keluar di persimpangan Bentong Barat dan masuk semula mellaui persimpangan CSR Bentong,” jelas kenyataan itu.

Menurut ANIH Bhd., punca kejadian masih dalam siasatan dan pengguna dinasihati menggunakan laluan alternatif.

“Pasukan teknikal ANIH Bhd., LPT Ronda dan polis sedang membantu mengarahkan kenderaan untuk menggunakan lencongan laluan alternatif yang disediakan.

“ANIH Bhd. sentiasa bersedia dan memberi jaminan kepada pengguna lebuh raya untuk memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna lebuh raya kekal sebagai keutamaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya